Ciri-ciri stesen Stesen Bandar Utama

Lokasi

Stesen ini terletak di sebelah barat Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan bersebelahan sempadan Kuala Lumpur-Selangor di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah 1 Utama,[7] Sri Pentas (ibu pejabat Media Prima), Plaza IBM, Hotel One World, Menara KPMG, 1 Powerhouse, SS 21 Petaling Jaya, taman perumahan BU 2 dan taman perumahan TTDI Burhanuddin Helmi.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
SBK Arah Selatan9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (TTDI)
SBK Arah Utara9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Mutiara Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras legarKedai Serbaguna, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan dan laluan pejalan kaki ke 1 Utama, Sri Pentas, Plaza IBM dan Hotel One World
GAras tanahPintu masuk, 1 Powerhouse, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[8] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 500 petak parkir kereta.[9]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan 506, 801, 802, T811 dan T812 berkhidmat berhampiran stesen di hadapan 1 Powerhouse.

Rujukan

WikiPedia: Stesen Bandar Utama http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-... http://www.starproperty.my/index.php/articles/prop... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/02/22... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-sungai-bul... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/perjalanan-mrt/pa... https://www.thestar.com.my/metro/community/2016/12... https://www.thestar.com.my/news/community/2014/07/... https://www.thestar.com.my/news/nation/2014/11/26/... https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2017/04...